Monday, January 14, 2013

Resepi Kek Pelangi

Assalamualaikum..

Selamat pagi wahai jiran-jiran ku semua...
^_^

Sebelum ni ..Gadis ada update pasal buat kek pelangi kan..
maka dengan itu ramai yang minta resepi..
Gadis tak la pandai sangat..
buat pun main ikut resepi kat google je..
ader satu blog sis tu..
dah tak ingat dah nama blog dier apa..
huhuhu..

takpela..
yang penting best bila dapat berkongsi limu ni..

ok jom pegi ke bahan-bahan dan cara pembuatan nyer yer..
^_^

Bahan-Bahan

3 cawan tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecik garam
1 cawan butter ~ suhu bilik yer...
2 cawan gula kastor..(kalau rajin gula pasir biase blender kan sampai halus)
5 biji putih telor 
2 sudu kecil esen vanilla
1  cawan susu segar

Cara-Cara

1. Panaskan oven pada suhu 170C
2. Ayakkan tepung, baking powder, dan garam ( satukan) pastu ketepikan dulu
3. Dalam bekas mixer, pukul butter & gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar jadi warna putih
4. Bila butter dah gebu & jadi warna putih, masukkan putih telur dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
5. Masukkan esen vanilla
6. Kemudian speed pada mixer slowkan pada yang paling perlahan sekali, kemudian masukkan tepung berselang seli ngan susu segar.
7. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik
8. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
( kalau tak pasti boleh timbang setiap satu adunan tu )
9. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
10. Masukkan dalam loyang ( pastikan loyang dah di sapu dengan butter dan alas dengan baking paper )
11. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
12. Kemudian bolehla teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga 6 lapisan


Untuk Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan

250g cream cheese
120g gula
120g butter

Cara-cara

1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu
2. sedia untuk digunakan

Untuk Melapis

1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran
2. Sapu sedikit cream cheese untuk disetiap lapisan kek dan yang paling atas sekali tebalkan cream cheese untuk sapukan keseluruhan kek..
3. Hias ikut kreativiti masing-masing la yer..

Kek yang pertama dah habis..
ayah Gadis mintak buat kali kedua..
so ni la hasilnyer untuk kali yang kedua..
^_^

k laa..
see uollss next entry..
^_^





6 comments:

combi said...

ad mase nk try la...huhu

Nurul Husna said...

tq gadis... wajib cuba ni..hihi

~ NANA ~ said...

alahaiii tergoda!
nnti nk try pkai resepi yg gadis bg ni la..
sbb hari tu buat mcm muak sket..hihi

mynameismy said...

wahhhh pandainye buat kek. my bahan2 nk buat kek tu pn tak kenal tau. klu gi kedai kek konpem tercari2 haha..
lenkali setiap bahan tu letak la gambar jugakkk haha...

npela gadis da pindah klu x leh dtg rumah mntak kek..:D

alin said...

nyummy... sedapnya..

singgah dari Lulu-Pages :)

http://alindanblog.blogspot.com/

Anonymous said...

Dah lama nak cuba buat kek pelangi nampak cam sedap jer. Kalau rajin nak jugak buat. Kak mintak izin amik resepi ye gadis. Tq