Sunday, September 22, 2019

Crosstitch - 7

3:12 PM 0 Comments
Dikala cuti minggu yang di kuarantin kan akibat anak anak chicken pox

Maka Uyui pun dok sibuk siapkan crosstitch

Akhirnya siap !

Puas hati

Lega

Seronok giler bila dah siap






Ok next Crosstitch please !

Friday, September 20, 2019

Resepi Pancake

11:16 AM 0 Comments
Assalamualaikum

Salam Jumaat
Hari ni Ain nak sharekan resepi Pancake

Permintaan anak anak ni memang payah sikit nak tolak

Mama nya tak tau buat pun boleh jadi gigih nak membuatkan

Sibuk suruh Uyui buatkan pancake untuk sarapan

Resepi Uyui google je
Terjumpa di sini


Bahan bahan nya

1 biji telur
 1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh milk
 1 sudu kecil tepun penaik
2 sudu besar minyak jagung
 1 sudu besar gula pasir



Cara caranya

Masukkan semua bahan dalam 1 bekas

Gaul sehingga sebati & takde ketul ketul tepung lagi

Pastu korang guna la senduk ke sudip ke janji sampai jadi bulat

Bila tengok biji biji dah timbul timbul kat permukaan pancake tu
Korang terbalik kan je

Yang penting kena guna kuali non stick ya

Yeayyy..
Dah jadi..
Dah macam doryaki doraemon

Dah siap boleh la nak letak strawberry ke
Ikut suka masing masing
Darwisy suka gula lebah & butter kat atas tu

Wajah gembira bila dapat makan
Seronok katanya

Tak kisah la nak janji awak happy

❤️❤️❤️❤️❤️

Thursday, September 12, 2019

Kisah Ikan Cencaru @ Ikan Jacket

1:28 PM 0 Comments
Assalamualaikum

Bila seronok dok siang ikan cencaru ni kat dapur teringat kata kata kakak ipar Uyui & mak mertua Uyui


Mr Macho pernah cakap dengan diorang yang kalau nak cari calon isteri nak cari yang pandai tarik kulit ikan cencaru

Alah alah alah
Mamat sorang ni kan
Tak padan nak pilih juga
tapi pelik beno rasanya

Mr Macho bukan peminat ikan cencaru pun
asal ada lauk dia bedal ke makan

Ngade ngade je waktu kot 


Patutla masak time bercinta dulu 
Uyui pernah siang ikan cencaru depan dia
dia tanya'' boleh tarik ke jacket ikan cencaru tu?''

''Boleh aje kalau nak tarik''
Mr Macho waktu hanya sekadar tengok je
tak de pulak kata apa apa
ecececehhhh...

Rupanya nak tengok Uyui boleh buat ke tak
See the hand lahhh
hahahha

Tapi dah kawin bila nak beli ikan cencaru tu rasa nak makan 
tapi paling malas la nak tarik jacket nya tu..
hihihihi

Tekak nak makan punya pasal
Sanggup Uyui tarik juga

Masak asam pedas letak tomato @ bendi memang 
SUPERB !!!

Wednesday, September 11, 2019

Monday, September 9, 2019

Lirik Lagu I am Neeta - ILUSI

12:49 PM 0 Comments
Assalamualaikum

Penangan Darwisy suka tengok drama Sweet Dreams ni..

Uyui pun jadi suka pulak dengar lagu ni

^_^


Semua rasa sedih
Semua ku takuti

Semua rasa berat dihatiku
Bimbang segala

Anganmu setinggi angkasa
Kuberikan segalanya

Kau hancurkan semuanya

Kau harapkan seperti

Ilusi dalam mimpimu
Hujung jalan ini

Semuanya terhenti

Semua rasa berat dihatiku
Bimbang segala

Anganmu setinggi angkasa
Kuberikan segalanya

Kau hancurkan semuanya

Kau harapkan seperti

Ilusi dalam

Wednesday, September 4, 2019

Resepi : Daging Masak Merah

10:54 AM 0 Comments
Assalamualaikum

Resepi mudah Daging Masak Merah mudah by Mama 3d

^_^


Bahan Bahan 

Daging ( ikut banyak mana korang nak)
Kobis Bunga
Cili Blend (bawang besar + bawang putih + cili kering)
Sos Cili
Daun Sup

Cara Cara

1. Daging direbus dahulu sampai hempuk, jangan hempuk daging guna tukul pulak
hihihi
2. Then korang potong nipi nipis & panjang panjang sekeping
3. Daging yang korang dah potong tadi digoreng sekejap
4. Toskan daging tu
5. Tumis cili yang dh di blend
6. Cili tu dah garing skit, masukkan sos cili
7. Dah sebati, masukkan garam & serbuk cukup rasa & gula
8. Masukkan daging & bunga kobis gaul sehingga sebati
9. Daun sup sebagai hiasan
10. Dah boleh makan, memang menjilat jari sampai bertambah nasi

Selamat Mencuba !

Monday, September 2, 2019

Happy 7th Bezday Muhammad Darwisy Zulkarnain

9:36 PM 0 Comments
Assalamualaikum

Genap hari ni Darwisy 7 tahun
Alhamdullillah membesar dengan sihat dan aktif


Cuma kebetulan bezday kali ni terkena demam chicken pox pulak

Tapi dah demam demam gitu pun ajak mama & papa nya celebrate bezday dia

1st ajak pergi tengok wayang
Nak tengok movie Angry Bird
Nak yang seat besar katanya


So Uyui booking ticket on9 MBO Aeon Dato Oon
Ambik Hall KECIL

Memang super best
Sebab dah macam tengok movie kat rumah, siap boleh baring, telentang, menyiarap semua boleh
Tak mahal pun ticket nya
1 seat tu cuma RM43.00 sahaja


Anak anak dah masuk situ
Tengok movie nya separuh
Yang lebihnya main playground dalam hall tu
Sebab hall KECIL tu memang sesuai untuk kanak kanak,bunyi pun tak kuat sangat & ada playground


Darleena oh Darleena
Pampers dah berat dia malas nak bangun
Tu yang dok baring je

Terus tanya staff MBO ada tak bilik untuk baby tukar diapers
Bila staff MBO kata ada je terus pergi mencari

 Bersih & wangi

 Sangat luas

Kalau papa nya yang tukarkan pampers memang saja main main je anak ank nk

Dah settle tengok wayang
Darwisy sibuk tanya, tak de kek untuk saya potong ke
Ternampak SDS terus je masuk
sebab kat kat situ boleh makan kek & lunch sekali


Kek Pilihan Darwisy
Rainbow Kek sebab dia nak sentiasa gembira
& tak boleh tengok warna warni gitu sebiji mama nya
Hahahaha

Cadangnya Uyui nak amik slice cake sahaja
Sekali Darwisy mintak yang sebiji cake tu
Mula mula macam tak percaya je Darwisy boleh habiskan sebiji tu


Sekelip mata habis ok !
Memang dia nak sangat rainbow cake tu
Alahai anak oh anak
Dah besar dah awak, rasa macam baru je mama lahirkan awak


Dah siap makan, Darwisy ajak pergi kedai Eco, Mr Diy
Katanya nak cari barang
Mama nya lagi la suka dengar nak pergi kedai sebegini
Hahahah

Rupanya Darwisy nak cari alat tulis
Kegemaran dia, memang sentiasa akan akan alat tulis
Layankan bezday boy sehari memang letih
Tapi asalkan Darwisy happy dah ok dah

Alhamdullillah