Thursday, September 12, 2019

Kisah Ikan Cencaru @ Ikan Jacket

1:28 PM 0 Comments
Assalamualaikum

Bila seronok dok siang ikan cencaru ni kat dapur teringat kata kata kakak ipar Uyui & mak mertua Uyui


Mr Macho pernah cakap dengan diorang yang kalau nak cari calon isteri nak cari yang pandai tarik kulit ikan cencaru

Alah alah alah
Mamat sorang ni kan
Tak padan nak pilih juga
tapi pelik beno rasanya

Mr Macho bukan peminat ikan cencaru pun
asal ada lauk dia bedal ke makan

Ngade ngade je waktu kot 


Patutla masak time bercinta dulu 
Uyui pernah siang ikan cencaru depan dia
dia tanya'' boleh tarik ke jacket ikan cencaru tu?''

''Boleh aje kalau nak tarik''
Mr Macho waktu hanya sekadar tengok je
tak de pulak kata apa apa
ecececehhhh...

Rupanya nak tengok Uyui boleh buat ke tak
See the hand lahhh
hahahha

Tapi dah kawin bila nak beli ikan cencaru tu rasa nak makan 
tapi paling malas la nak tarik jacket nya tu..
hihihihi

Tekak nak makan punya pasal
Sanggup Uyui tarik juga

Masak asam pedas letak tomato @ bendi memang 
SUPERB !!!

Wednesday, September 11, 2019

Monday, September 9, 2019

Lirik Lagu I am Neeta - ILUSI

12:49 PM 0 Comments
Assalamualaikum

Penangan Darwisy suka tengok drama Sweet Dreams ni..

Uyui pun jadi suka pulak dengar lagu ni

^_^


Semua rasa sedih
Semua ku takuti

Semua rasa berat dihatiku
Bimbang segala

Anganmu setinggi angkasa
Kuberikan segalanya

Kau hancurkan semuanya

Kau harapkan seperti

Ilusi dalam mimpimu
Hujung jalan ini

Semuanya terhenti

Semua rasa berat dihatiku
Bimbang segala

Anganmu setinggi angkasa
Kuberikan segalanya

Kau hancurkan semuanya

Kau harapkan seperti

Ilusi dalam

Wednesday, September 4, 2019

Resepi : Daging Masak Merah

10:54 AM 0 Comments
Assalamualaikum

Resepi mudah Daging Masak Merah mudah by Mama 3d

^_^


Bahan Bahan 

Daging ( ikut banyak mana korang nak)
Kobis Bunga
Cili Blend (bawang besar + bawang putih + cili kering)
Sos Cili
Daun Sup

Cara Cara

1. Daging direbus dahulu sampai hempuk, jangan hempuk daging guna tukul pulak
hihihi
2. Then korang potong nipi nipis & panjang panjang sekeping
3. Daging yang korang dah potong tadi digoreng sekejap
4. Toskan daging tu
5. Tumis cili yang dh di blend
6. Cili tu dah garing skit, masukkan sos cili
7. Dah sebati, masukkan garam & serbuk cukup rasa & gula
8. Masukkan daging & bunga kobis gaul sehingga sebati
9. Daun sup sebagai hiasan
10. Dah boleh makan, memang menjilat jari sampai bertambah nasi

Selamat Mencuba !

Monday, September 2, 2019

Happy 7th Bezday Muhammad Darwisy Zulkarnain

9:36 PM 0 Comments
Assalamualaikum

Genap hari ni Darwisy 7 tahun
Alhamdullillah membesar dengan sihat dan aktif


Cuma kebetulan bezday kali ni terkena demam chicken pox pulak

Tapi dah demam demam gitu pun ajak mama & papa nya celebrate bezday dia

1st ajak pergi tengok wayang
Nak tengok movie Angry Bird
Nak yang seat besar katanya


So Uyui booking ticket on9 MBO Aeon Dato Oon
Ambik Hall KECIL

Memang super best
Sebab dah macam tengok movie kat rumah, siap boleh baring, telentang, menyiarap semua boleh
Tak mahal pun ticket nya
1 seat tu cuma RM43.00 sahaja


Anak anak dah masuk situ
Tengok movie nya separuh
Yang lebihnya main playground dalam hall tu
Sebab hall KECIL tu memang sesuai untuk kanak kanak,bunyi pun tak kuat sangat & ada playground


Darleena oh Darleena
Pampers dah berat dia malas nak bangun
Tu yang dok baring je

Terus tanya staff MBO ada tak bilik untuk baby tukar diapers
Bila staff MBO kata ada je terus pergi mencari

 Bersih & wangi

 Sangat luas

Kalau papa nya yang tukarkan pampers memang saja main main je anak ank nk

Dah settle tengok wayang
Darwisy sibuk tanya, tak de kek untuk saya potong ke
Ternampak SDS terus je masuk
sebab kat kat situ boleh makan kek & lunch sekali


Kek Pilihan Darwisy
Rainbow Kek sebab dia nak sentiasa gembira
& tak boleh tengok warna warni gitu sebiji mama nya
Hahahaha

Cadangnya Uyui nak amik slice cake sahaja
Sekali Darwisy mintak yang sebiji cake tu
Mula mula macam tak percaya je Darwisy boleh habiskan sebiji tu


Sekelip mata habis ok !
Memang dia nak sangat rainbow cake tu
Alahai anak oh anak
Dah besar dah awak, rasa macam baru je mama lahirkan awak


Dah siap makan, Darwisy ajak pergi kedai Eco, Mr Diy
Katanya nak cari barang
Mama nya lagi la suka dengar nak pergi kedai sebegini
Hahahah

Rupanya Darwisy nak cari alat tulis
Kegemaran dia, memang sentiasa akan akan alat tulis
Layankan bezday boy sehari memang letih
Tapi asalkan Darwisy happy dah ok dah

Alhamdullillah



Tuesday, August 27, 2019

Baik Korang Jangan Pergi Kedai Zon Jimat Pasir Gudang !

2:27 PM 0 Comments
Assalamualaikum

Baik korang jangan pergi kedai ni

Kalau tak memang poket tu akan tiba tiba jadi kosong

Hahahhahah

Alkisah pergi kawasan sini sebab ikut Mr Macho sebab ada urusan 

Sekali Mr Macho offer tanya nak pergi mana mana tak

Memang blink blink eyes tengok Mr Macho kan bila dier dah tanya gitu

Terus cakap nak pergi kedai zon jimat yang baru buka tu

Dengar khabar masa baru baru buka hari tu penuh giler

Masa Uyui sampai semalam sedang sedang elok je & tak ramai

Dapat parking depan kedai

Bukan senang nak dapat parking depan kedai ni

Papan yang Uyui memang dok cari setelah sekian lama

Seronok bila nampak papan tu

Seperti biasa la bekas tipuware memang sinonim dengan kedai Rm2


Bunga banyak pilihan dalam kedai ni

Kalau kat kedai Eco
Asyik tinggal bekas kosong aje












Daun daun ni tergolong dalam kawasan bukan harga rm2 ya kawan kawan

Kedai zon jimat memang ada kawasan yang bukan harga rm2

Darleena kalau dapat lepas macam gini memang merayau saja 

Darwisy pantang pergi kawasan alat tulis
Rambang mata terus

Kecek mama nya nak kan bola tak boleh tidak


Makanan ringan seperti biasalah
Banyak dan pelbagai jenis jajan

Puas hati dapat pergi dah

Yang pasti rm2 sahaja
0.10 takde ya

So lepas ni nak jelajah kedai ape pulak agaknya 
Hihihihi..

Monday, August 26, 2019

Family Day Dyson 2019

11:14 AM 0 Comments
Assalamualaikum

Cuti minggu yang lepas Uyui join Family Day Dyson

Tahun ni 1st time event nya di Forest City

Tak seperti tahun tahun lepas family day nya di Sport Educity Nusajaya

Tahun ni lebih santai sebab semua acara tepi pantai

Makan pun dah macam berkelah

Memang seronok, walaupun terik macam hape

Tapi berangin tu yang best tu

dah lama tak berkelah tepi pantai


Tahun ni dapat wrist band yang simple ja



Parking jauh juga nak menapak sampai ke dalam tu




Sesampai ja kitorang kat situ..

menu untuk sarapan pagi dah habis

Jadi boleh terus ambik set lunch

4 orang pakai wrist band

so boleh redeem 4 set sekali
Cepat & Pantas

Walaupun beratur panjang giler

Tapi sekejap je dah sampai turn

Antara menu menu yang Mr Macho ambil kat kaunter 

Nasi Ayam Hainan
Mee Rebus
Popiah Basah
Cendol
Bolognese Bun


Cari lokasi redup terus duduk makan

Enjoy !

Air 100 plus tu punya la banyak lebih

Tapi bawak stroller kecik je

Kalau bawa stroller besau

Memang dah macam beli kat mall dah 

hahahahah

Sebab memang boleh amik ikut suka hati je


Antara activity untuk kanak kanak

Beach Pool

Panas terik dok berendam dalam tu

Memang rentung




Last Game yang Mr Macho main

Kami sampai pun dah tinggal hadiah kecik kecik je

So main untuk seronok kan budak budak je

Hadiah pun tak dapat

Event tu habis dalam 1.30pm

Tapi kami tak sampai pukul 12.00 dah cau cin cau

Sebab budak budak dah tak tahan panas

Sibuk dah ajak balik

Hopefully tahun depan event family Day Dyson buat kat tempat lain pulak

^_^