Assalamualaikum.
Hai korang, Ain kembali lagi untuk review 1 lagi produk. Ok kali ni punya review adalah berkaitan dengan hal penjagaan rambut. Bab rambut ni Ain memang sangat sangat concern sebab rambut adalah salah satu mahkota wanita yang memang wajib kita jaga terutama sekali Ain adalah wanita bertudung. Ain cuma salah seorang pengguna produk ni, jadi apa salah nya Ain share pengalaman Ain sendiri kan. Benda baik apa salahnya kita kongsi kan..?
Ok post kali ni Ain nak story pasal shampoo. Dekat pasaran banyak sangat jenama shampoo yang ada sampai kadang kadang pening nak pilih shampoo yang mana. Sampai kadang kadang baru nak fikir rambut ku ini jenis yang mana satu ya...Itu belum lagi yang organic atau tak organic..Kalau takde promoter yang suggest kat kita lagi bertambah pening.
Korang kalau nak pilih shampoo mesti kena pilih yang bersesuaian dengan kulit kepala kita kan? Kalau salah pilih confirm melayang duit. Dah lah shampoo salah pilih,bila pergi buat rawatan rambut pun menelan kos yang agak tinggi dan punca utamanya adalah salah pilih shampoo.
Ok lah dah jom kita review.
SAFI SHAYLA SHAMPOO
Safi Shayla, Pakar Rambut Wanita Berhijab yang mana kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama Breaktrough Hijab Scalp BIOTICS yang dikenali untuk mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobion kulit kepala bagi mencapai rambut berhijab yang lebih sihat dan lebat.
Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk bekalkan nutrien yan secukupnya kepada kulit kepala & rambut.
Bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab, rangkaiannya juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 jam !!! walaupun sepanjang hari.
Biasalah kita orang perempuan ni bila bertudung, rambut akan jadi lebih kusam ,tak bermaya dan yang paling tak best rambut akan jadi sedikit berbau. Bila tak jaga rambut dengan betul maka bakteria akan membiak dengn pantas dan permukaan kulit kepala akan terus menjadi tak sihat seperti kelemumur, rambut mudah gugur dan sebagainya.
Tersedia dalam pelbagai variasi yang khas dirumus untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala & rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab.
Top 5 Syampu Safi Shayla yang paling popular untuk wanita berhijab :
1. Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla
Berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur,serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin
2. Syampu Kawalan Rambut Gugur
Menguatkan struktur rambut & akar, kurangkan keguguran rambut & membaiki rambut yang rapuh.
3. Syampu Licin Terurus
Melembut & melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. Rambut licin,lembut & senang disikat,tidak lagi frizziy dan serabut.
4. Syampu Segar Bermaya
Rasa segar dengan sensasi dinginnya, syampu ini akan membersih secara mendalam & kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan,segar & bermaya.
5. Syampoo Itch Kontrol
Hilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sentiasa dingin agar rasa lega & selesa.
Jadi dengan itu, dengan info info yang ada boleh lah korang semua membuat pilihan syampu yang bersesuaian dengan kulit kepala korang.
Untuk dapatkan Syampu Shayla ini korang boleh la pergi ke mana mana stor yang berhampiran seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian, ataupun dari laman e-dagang rasmi Wipro Unza di shoppee.
1 Comments
Best shampoo shayla. Wangi lah kepala kita di hari raya nanti
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging