Thursday, March 25, 2021

Jom Try Restaurant Abu & Co !!

 Memang dah rutin Ain setiap minggu, 

akan cari tempat makan yang kami 1 family tak pernah try lagi.

So kali ni kami try makan di Restaurant Abu & Co.

Kedai nya tak jauh pun dari rumah Ain, area Pulai Perdana 2 dan kedainya memang betul betul tepi jalan.

Sambil tunggu lampu traffic light hijau tu memang nampak dari tepi jalan.

Kedai makan nya nampak macam kedai makan hipster, pekerja pun semua beruniform warna hitam.

Suasana pun relax dan tak kelam kabut.

Sangat sangat best !!


Abu & Co ni ada menu western dan ala carte.


Darwisy tengah mencari menu idaman 




Harga pun harga mampu milik dan bila dah lepas maghrib lagi ramai yang singgah kat kedai ni.
Yang paling best tukang masak super pantas.
Sekejap je makanan dah sampai.



kan dah kata menu idaman Darwisy, Nasi Lemak
suka sangat nasi lemak..sampai Ain yang naik jemu..hihi..
rasanya serata kedai punya Nasi Lemak dia dah rasa.


Ain order Nasi Goreng Seafood.
Rasa dia memang sedap.
Tu tekak Ain la, kalau tekak orang lain Ain tak pasti lah..


Mr Macho order Nasi Goreng Chicken Chop,
Appearance nampak biasa biasa je
Tapi rasa sos Chicken Cop tu sedap tau.




Licin semuanya..
mana taknya semua tengah lapar sebenarnya..
hahaha


Lokasi : Simpang 4 Pulai Perdana 2
Bandar Pulai Jaya
Waktu beroperasi : Setiap Hari ( Jam 2pm  - 2am )

Dah kenyang,
minggu depan kita ke lokasi seterusnya ^_^

Nak tau kemana?








No comments: