Assalamualaikum
Dah hampir 2 minggu selepas Ain terkena jangkitan virus Covid-19.
Puncanya Ain pun tak pasti dari mana, sebab Ain pun ada keluar juga ke mana mana tapi masih dalam menjaga SOP.
Cuma asalnya bermula bila 2 kawan sekelas Damia positif Covid. Dapat tau daripada cikgu pun 2 hari selepas Majlis Konvokesyen Para Sekolah nya.
Selepas tu bermula lah dengan kisah demam ahli ahli :
Mr Macho - RTK Negative
Darleena - RTK Negative
Darwisy - RTK Negative
Damia - RTk Negative
Dalam beberapa malam Ain macam tak cukup tidur sebab jaga 3d's demam, hampir setiap jam bangun cek suhu badan diorang.
Asalnya Ain dah rasa tak sedap badan, bila cek RTK pada hari ketiga masih negative.
Tonsil semakin membengkak sampai 1 tahap Ain tolak je tonsil tu dengan jari habis keluar macam kahak yang ijo ijo tu.
masuk hari kedua tonsil membengkak, kononnya nak ajak Mr Macho pergi klinik nak minta ubat Antibiotik, tapi hati ni macam tak sedap, tu yang terus cek lagi sekali.
Tanpa segan silu naik 2 line.
Dulu 2 line tu la yang ditunggu tunggu, tapi sekarang 2 line tu la yang paling seram nak di tengok.hihihi.
So sekarang setelah beberapa minggu selepas tu, effectnya post COVID sangat sangat terasa.
Naik tangga nak pergi bilik sendiri kat atas pun terasa mengahnya Ya Allah.
Jalan sikit kemana mana dah rasa tak boleh lama lama.
Simptom batuk ni yang paling rasa sangat sangat terseksa, sebab Ain batuk takde kahak.
Kira macam batuk kering.
Bila dah batuk tu, impact nya pada dada dan auto penat.
Kalau masak tu tak boleh macam dulu konon nya macam menghayati lah nikmat kat dapur tu kan.
Tapi sekarang kena masak lelaju, sebab tak boleh berdiri lama.
COVID tu REAL !!
Korang jaga sentiasa jaga diri.
Virus tu dah bersepah sepah, cuma virus tu suka dikala imun badan kita yang paling down.
Even kita tak cukup tidur pun sistem imun kita akan down, dan apa apa virus akan suka mengambil kesempatan dikala kita tak sihat.
Main Vitamin C atau apa apa supplement yang berkaitan.
Doakan Ain sembuh sempenuhnya seperti sediakala ya.
Jom jengah IG Reels Ain sepanjang kuarantin sampai habis kuarantin.
https://www.instagram.com/reel/Ca1zbSeFHHK/?utm_medium=copy_link
Kalau kawan kawan ada tips untuk hilangkan batuk ni boleh share dengan Ain ya. ^_^
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging