PARENTS WAJIB INSTALL GOOGLE FAMILY LINK !!!!            

PARENTS WAJIB INSTALL GOOGLE FAMILY LINK !!!!

IBU BAPA WAJIB ALERT DENGAN HP ANAK MASING MASING !!! 


Zaman dulu dan zaman sekarang tak sama tau. Zaman dulu kes kes pornografi atau keganasan dalam talian ni tak begitu meluas dalam kalangan kanak kanak. 


Tetapi zaman sekarang hampir 80% kanak kanak dah terdedah dengan handphone. Jadi sebagai parents wajib ambil tahu aktiviti anak anak bila dah pegang hp. 




Anak anak Ain pun tak terlepas dengan gadjet tu semua, sebab anak anak sekarang proses pembelajarannya semua berkaitan dengan handphone atau tab.


Hand phone dah menjadi satu keperluan buat semua anak anak yang masih bersekolah pada zaman sekarang.


Dengan musim pandemik sekarang ni, anak anak akan banyak melalui proses pembelajaran dari rumah dengan menggunakan HANDPHONE.


Perasaan risau Ain tu sentiasa ada walaupun Ain seorang suri rumah..Inikan ibu bapa yang bekerja lagi dok berfikir anak je kan...apa la yang anak anak ni tengok bila setiap kali diorang ni pegang handphone


Jadi dengan Install Apps ni, Insyaallah akan dapat mengurangkan kerisauan parents sebab dok jauh macam mana pun ibu bapa boleh pantau aktiviti anak anak dengan handphone tu.


Jadi Ain nak share bagaimana cara nak pantau handphone anak anak walau dimana ibu bapa berada.


Jom Ain share nak guna Apps yang mana satu.


1. Install Google Family Link for Parents (HP Parents)


2. Install Google Family Link for Teenagers (HP anak anak) dan pastikan email yang aktif ya dan jangan lupa password.


3. Kena link kan hp anak dan parents ya.
Korang kalau tak jumpa macam nak dapatkan code korang kena click simbol + tu.Selepas masukkan code tu akan automatik link dengan hp parents.


4. Bila dah link kan semua jadi dah boleh godek godek apa yang ada dalam apps ni.

Boleh set kan berapa jam untuk anak anak hadap handphone dan boleh tau anak habiskan masa dengan handphone untuk apps yang mana.


Selain dari itu, kalau anak anak nak install apa apa apps, anak anak akan cari kita untuk permission.Kalau time parents kerja mereput lah anak korang kena tunggu parents balik kerja. Tapi tetap ada peranan parents kat situ.


Kalau anak anak yang dah besar sikit, apps ni boleh trace anak dok belah mana. Dan boleh bips suruh diorang balik.


Sebab once kita set, handphone diorang akan auto lock. Kena jumpa mak pak balik lah untuk buka password. (Password jangan lupa pulak, jenuh nak ingat balik kalau lupa)


Banyak la yang parents boleh buat dengan apps ni.


Dan yang paling best kalau parents panggil anak, anak anak buat tak respons, parents boleh setkan ''LOCKED PHONE'' dan dengan secara automatik anak anak akan cari parents dia sendiri tanpa dipanggil.


Hahahaha.


Dengki anak sikit sikit apa salahnya kan..hahaha




Isu yang nampak macam isu yang sangat ringan tapi sebenarnya isu ni sangat perlu dititik beratkan.


Jadi sebagai ibu bapa tolong periksa activiti handphone anak anak, jangan lepaskan 100% handphone pada anak anak untuk ringankan beban kita sebagai parents.


JOM DOWNLOAD !!!


Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging