Review : 49days            

Review : 49days


dengar dulu ost citer ni..then baru feel nk tgk citer ni..^_^


hari ni Gadis nak review drama Korea
citer 49days...

citer ni mmg best..jalan cerita sedih...lagu best..
yang paling penting pelakon lelaki nye hensem n yang girl cute miut...^_^

sinopsis :

Shin Ji Hyun gadis comel dan ceria yang tidak memikirkan ape-ape masalah kerana bagi dier hidup sangat indah sehingga satu hari Shin Ji Hyun mengalami kemalangan kereta setelah dier mengetahui tunang dier Kang Min Ho dan sahabat baik dier sendiri Shin In Jung ader hubungan sulit tanpa pengetahuan dier. Dari kemalangan itu, Shin Ji Hun berada dalam koma. Dalam waktu Shin Ji Hyun koma di hospital roh nyer bangun dan Shin Ji Hyun diberi peluang kedua oleh malaikat maut dalam kehidupan roh dier tetapi dengan syarat,sekiranya dier nak hidup sekali lagi Shin Ji Hyun harus mencari 3 air mata tulen dan air mata itu bukannyer dari ahli keluarga
nyer sendiri tetapi dari air mata insan yang betul-betul sayang dier. Oleh itu, Shin Ji Hyun terpaksa pinjam tubuh seorang gadis iaitu Song Yi Kyung untuk mencari air mata tulen.
Dalam waktu die meminjam tubuh Song Yi Kyung, Shin Ji Hyun telah mengetahui bahawa tunang dan kawan baik dier mempunyai rancangan jahat terhadap keluarga dier iaitu nak ambil alih syarikat bapa Shin Ji Hyun. Setiap hari, pada waktu siang Shin Ji Hyun akan menggunakan tubuh Song Yi Kyung dan bekerja di cafe rakan gaduh semasa sekolah iaitu Han Kang dan Shin Ji Hyun telah mengetahui bahawa Han Kang selama ni menyintai dier. Dan malaikat maut(penjadual) Song Yi Soo rupenyer adalah bekas kekasih Song Yi Kyung.

Adakah cukup 49days yang telah ditetapkan oleh malaikat maut untuk Shin Ji Hyun melakukan ape yang sepatutnyer semasa di alam roh serta dapatkah Shin Ji Hyun kumpul 3 air mata tulen untuk dier teruskan hidup dan adakah Song Yi Kyung dapat berjumpa dengan bekas kekasih dier yang meninggalkan dier tanpa berkata apa-apa???
kene la tengok citer ni sampai habis..
baru korang rase feel nye...hihihi

Jom tengok pelakon-pelakon citer ni...

Nam Gyu Ri as Shin Ji Hyun

Lee Yo Won as Song Yi Kyung


Jo Hyun Jae as Han Kang


Bae Soo Bin as Kang Min Ho


Seo Ji Hye as Shin In Jung


Jung Il Woo as scheduler / Song Yi Soo

ape kata korang tengok jugak...mmg best...hihihi
k la..see u all next review...

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging