Assalamualaikum
Alhamdullillah 1 hari sebelum raya haji 19/07 hari tu Ain dah selamat vaksin AZ dose 1.
Rasa semangat giler bila tiba hari nak vaksin tu,
dia punya excited tu sampai setting baju apa nak pakai tau tak,
Dah lama tak keluar rumah pun ya jugak.
Ok sebenar pada tarikh Ain dapat vaksin tu waktu appointment Ain pukul 4 petang, tapi sebab dengar dengar boleh je pergi awal dari waktu yang dah ditetapkan dalam My Sejahtera tu, so Ain decide untuk pergi PPV Persada pagi pagi.
Pukul 10.30am Ain & adik Ain dah sampai PPV. Kebetulan pulak tarikh vaksin Ain tersama dengan adik Ain,so memang kami bergeng geng la nak pergi sana.
Adik Ain yang paling kecik sekali jadi acik Grab kitorang masa nak ke PPV.
So dia drop off kami je kami berdua depan PPV.
Suasana depan Persada memang nampak sangat sangat sibuk, dengan limpahan manusia yang nampak semua semangat nak cucuk Vaksin.
Rasa sangat sangat teruja bila sampai.
So bila dah sampai tu,terasa mesti lama ni kat PPV.
Tapi sangkaan tu semua meleset sama sekali.
Proses dan semua station tersangat sangat pantas.Sekelip mata je semua.
Sampai diri sendiri terdetik "Eh dah sudah ke?'
Sekejap sangat sangat.
Walaupun kat dalam PPV tu ramai tapi segala proses nya sangat sangat laju.
Tapi Ain sempat update video.
Korang boleh jengah kat Reels IG Ain tau
https://www.instagram.com/reel/CRgHHZvFiVD/?utm_source=ig_web_copy_link
Ada kasut yang matching dengan outer wear Ain tu tapi tak tau la kenapa tak terasa nak pakai kasut tu..hahaha
Maybe design kasut sama dengan baju Ain tu agaknya..kotak kotak..^_^
So hari ni genap 1 minggu Ain selepas di vaksin.
Ain cerita post vaccine pula ya.
Simptom AZ tak sama macam vaksin yang lain ya,ikut kondisi badan.
Ada yang dah 2 minggu akan rasa side effect.
Sebab hanya vaksin AZ temujanji nya 9 minggu selepas dose 1.
Kenapa ? Sebab vaksin AZ interaksi dengan badan seseorang akan ambil masa.
Untuk Ain,lepas vaksin tangan Ain semua dah rasa lenguh lenguh, pening kepala dan mengantuk yang teramat sangat.
Malamnya Ain dah rasa badan sejuk sejuk tanda nak demam.
Then memang confirm demam.
Ain cuma telan actifast sahaja,then kembali normal selepas 3 hari.
Tapi selepas vaksin rasa nak makan semakin membuak buak,sampai terfikir diorg ni inject ubat kuat makan ke..hahaha..
Dr dah pesan jangan buat kerja berat berat, tapi kalau dah nama mak mak ni biasa lah kan ..nampak kerak sikit dalam bilik air pun dah sibuk nak gosok.
Haaaaa mendapat,selepas sental badan Ain ,tangan Ain semua menggigil macam orang bentas lepas bersalin.
So pengajaran nya,ikut nasihat KKM & Dr,jangan la buat kerja berat berat dan jangan terdedah kat luar sebabnya selepas badan kita di vaksin sistem imun kita adalah ditahap yang paling rendah.
Ada juga kawan kawan yang selepas 3 minggu pun masih rasa kesan kesan nya.
Tapi korang jangan takut ok, moga semuanya kembali seperti sediakala.
Yang mana masih menunggu panggilan harap semua bersabar ya.
Insyaallah nanti akan sampai giliran korang pulak.
^_^
2 Comments
Alhamdulilah.. moga kita terus sihat setelah di cucuk vaksin...
ReplyDeleteInsyaallah.. ^_^
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging